Saturday 30 November 2013

ESP SHAKLEE PILIHAN WANITA BERKERJAYA MASA KINI

Dr. Shaklee telah mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya yang pertama sekitar tahun 1970 an.

Ini telah dibuktikan melalui Kajian Klinikal bahawa protein soya adalah faktor utama penjagaan kesihatan pada tahap paling optimum.

Energizing Soy Protein (ESP) telah diiktiraf seluruh dunia mempunyai kandungan kualiti protein yang sangat tinggi.





SUSTAINED RELEASE VITAMIN C SHAKLEE SUPER HEBAT

Selalunya kalau kita bercadang untuk membiasakan diri dengan mengambil supplemen, vitamin yang paling dicari-cari di Farmasi adalah Vitamin C.

Kerana apa Vitamin C? Majoriti masyarakat menganggap Vitamin C adalah paling selamat dan selesa untuk dinikmati atau ditelan kerana perisanya yang sedap.

Kebanyakan daripada kita lebih berani mengambil supplemen Vitamin C kerana rata-rata suka akan rasa Vitamin C itu sendiri iaitu rasa seperti buah oren.

 


Tahukah anda bahawa Vitamin C yang dikeluarkan daripada Shaklee sangat jauh berbeza dari segi kualiti dan kuantiti yang terkandung dalam Vitamin C Shaklee.

Jom kita lihat kandungan nutrisi yang ada pada setiap tablet Vitamin C Shaklee adalah seperti yang berikut :

  1. Asid Ascorbic (553.00 mg) yang mengandungi 525.35 mg Vitamin C)
  2. Citrus Bioflavonoids Complex (120.00 mg) yang mengandungi pecahan kandungi nutrisi seperti yang berikut :
        a) Lemon Bioflavonoids (7.50 mg)
        b) Orange Bioflavonoids (7.50 mg)
        c) Grapefruit Bioflavonoids (7.50 mg)
        d) Hesperidin (7.50 mg)


Hebatnya Vitamin C Shaklee jika dibandingkan dengan Vitamin C jenama lain di Farmasi adalah kerana :

  1. Tidak mengandungi bahan sintetik.
  2. Tidak mengandungi perisa tiruan.
  3. Tidak mengandungi pemanis tiruan.
  4. Tiada ujian haiwan.
  5. Pembungkusan adalah bebas bisphenol-A, phthalates dan dakwat toksik.
  6. Pembungkusan adalah mengandungi bahan kitar semula.
Dan yang paling penting produk Shaklee adalah sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.

Selain itu produk Shaklee dijamin halal dan mendapat kelulusan Kementerian kesihatan Malaysia (KKM).

Tidak perlu ragu dengan produk Shaklee.

Jom order sekarang!!!!








       

       











Sunday 17 November 2013

MALAYSIA NEGARA PALING OBES DI ASIA TENGGARA

Malaysia Negara Paling Obes di Asia Tenggara.

Adakah anda termasuk dalam statistik?

Jom kira BMI :

BMI = Berat (kg) / [Tinggi (m) x Tinggi (m)]

Kategori :
Kebuluran / Kurang Berat Keterlaluan : BMI < 15
Kurang Berat : BMI 15 - 18.5
Normal : BMI 18.5 -25
Berat Berlebihan : BMI 25 - 30
Obesiti : BMI > 30

50 kg / [1.52m x 1.52m] = 21.64

Alhamdulillah masih di paras normal.


Friday 1 November 2013

VIVIX SHAKLEE PROMOSI BULAN NOVEMBER 2013

Assalamualaikum

Salam Sejahtera

Salam 1 Malaysia

Tik Tok Tik Tok


Cepatnya masa berlalu, sekarang dah masuk bulan November. Terasa seperti baru semalam kita menyambut Tahun Baru 2013. Rupa-rupanya sudah semakin hampir ke penghujung tahun 2013.

Sepanjang tempoh 11 bulan ini macam-macam peristiwa pahit, manis, suka duka yang kita alami. Begitu juga dengan orang disekeliling kita. Masing-masing ada sejarah yang tersendiri.

Bagaimana dengan tahap kesihatan kita sepanjang tahun 2013? Adakah semakin baik? Adakah semakin merudum? Atau kedua-duanya. Kejap OK kejap tak OK.

Kita ada pilihan sebenarnya, walaupun semua itu kuasa Allah. Ketahuilah bahawa Allah tidak akan menguji hambaNya sekiranya hambaNya tidak mampu. Allah menguji kita dengan bersebab. Mesti ada hikmah disebaliknya. Allahuhuakbar.

Bulan November bagi saya sangat istimewa kerana pada bulan ini juga bulan baru dalam kalender islam. Kita menyambut Awal Muharam pada 5/11/2013. Apa yang hebat lagi pada bulan November ini?

Jawapannya pada bulan November ini ada promosi untuk VIVIX. Seronoknya. Berbaloi-baloi. Beli 6 Percuma 1.

Ramai yang dah tahu pasal VIVIX, tapi ramai juga yang masih tertanya-tanya mengenai VIVIX. Tak kenal maka tak cinta kan. Dah kenal taknak lepas. Asyik terkenang kalau boleh nak berkepit je.

Pada entri yang sebelumnya saya ada memperkenalkan VIVIX tetapi tidak secara menyeluruh. Tapi kali ini saya akan menceritakan perihal VIVIX secara menyeluruh.

Jom kenal VIVIX.

Apa itu VIVIX?

VIVIX adalah produk kesihatan  yang dikeluarkan oleh Shaklee sejak tahun 2008. Walaubagaimanapun produk tersebut berjaya masuk ke pasaran Shaklee Malaysia sekitar tahun 2012.

VIVIX adalah supplemen anti-penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas melalui proses penyelidikan yang bertahun-tahun lamanya oleh Shaklee, syarikat No. 1 supplemen makanan di Amerika Syarikat.

Terdapat 4 Mekanisma Penuaan Pada Tahap Sellular iaitu :

1) Kerosakan DNA
2) Pengawalan Genetik
3) Pengurangan Tenaga Yang Kian Menurun Oleh Sel-Sel
4) Penimbunan Protin AGE

Jom saya perincikan apa yang dimaksudkan dengan kerosakan DNA supaya nampak lebih jelas.

1) Kerosakan DNA

DNA adalah singkatan kepada Deoxyribo Nucleic Acid, satu molekul penting bagi semua sel hidup. 

Kajian yang dibuat oleh Dr. Zafarina Zainuddin yang merupakan Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Pasca Siswazah), Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia, DNA merupakan sejenis molekul yang terdapat dalam semua sel, kecuali sel darah merah. Ia adalah molekul yang menyimpan kod genetik yang menentukan semua ciri-ciri manusia seperti warna kulit, mata, jenis rambut dan sebagainya.

 
Dengan kepesatan teknologi zaman moden ini telah memberi impak yang sangat hebat ke atas DNA hamba Allah dimuka bumi ini. Menurut kajian, hampir setiap hari setiap sel tubuh diserang hampir sejuta serangan yang boleh merosakkan DNA. Situasi ini akan menganggu fungsi sel dan jangka hayat manusia. Perlu diingat di sini, ini adalah kajian semata-mata. Hidup dan mati kita hanya ditentukan oleh Allah. Walaubagaimanapun, Allah memberi kita akal fikiran untuk berusaha dan berikhtiar mendapatkan tahap kesihatan yang paling optimum. Allahuakbar ingat Allah.

Ramuan VIVIX telah diperakui oleh dunia mampu untuk melindungi dan memperbaiki sellular DNA. Apa-apa pun semua ini dengan izin Allah. Kita hanya mampu berikhtiar dan berdoa. Semoga Allah memberkati usaha kita. Amiin.
Selalu sebut DNA tapi tak tahu maksud DNA. Gembira berkongsi info dengan orang lain. Ilmu yang walaupun sedikit tapi jika dikongsi bermai-ramai akan memberi manfaat kepada orang lain.
Semoga enti saya memberi manfaat yang berguna kepada semua.
2) Pengawalan Genetik