PERIBADI


Saya merupakan seorang usahawan dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Saya telah berkecimpung dalam bisnes Taska sejak lebih kurang 5 tahun yang lalu.

Ibu kepada dua orang putera yang hyperaktif. Hariz dan Hikal nama anak bertuahku. Saya dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur.  Suatu masa dahulu pernah bekerja dengan konsultan selama 8 tahun sebelum mengambil keputusan berhenti kerja untuk menjaga dan membesarkan kedua-dua orang anak. Walaupun mengharungi pelbagai dugaan di dalam bisnes namun tetap tidak berputus asa malah semakin tabah mengharungi dugaan yang akan mematangkanku.

Sejarah saya dengan Shaklee bermula setahun yang lepas sekitar bulan Mac 2013 setelah diperkenalkan oleh adik yang pada ketika itu adalah Pengedar Shaklee. Saya mula mengambil Vitamin Shaklee pada bulan Mac 2013, dan setelah berpuas hati dengan produk Shaklee dan mengambil vitamin Shaklee selama 6 bulansecara konsisten, maka saya tekad untuk mendaftar sebagai ahli pada bulan September 2013. Keputusan yang saya buat berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya menggunakan Shaklee. Disamping itu saya ingin melalui sendiri dan menikmati segala kelebihan yang ada sebagai ahli Shaklee.

Alhamdulillah setelah setahun menjadi pengguna Shaklee, saya sangat bersyukur dapat memperbaiki keihatan diri dan dengan ikhtiar ini juga dapat membantu lebih ramai insan di luar sana. Semuanya dengan izin Allah jua. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan bisnes Taska dan Shaklee.


No comments: