Thursday 26 September 2013

HADIAH UNTUK ANAK TERSAYANG


KENAPA MEAL SHAKES?

Kebanyakan ibu bapa bekerja dan dengan itu mereka meletakkan anak-anak di bawah pengurusan Taska ataupun pengasuh di rumah. Tetapi berapa ramai ibu bapa yang mengambil berat mengenai menu pemakanan di Taska ataupun di rumah pengasuh? Pernahkan anda sebagai ibu bapa bertanya kepada pengasuh mengenai menu setiap hari anak-anak anda ketika ditinggalkan kepada pengasuh.

Kesibukan tugas di pejabat ditambah dengan faktor yang memenatkan selepas pulang daripada kerja menjadi faktor kita lalai memberikan makanan yang terbaik untuk anak anda. Hasilnya restoran, makanan segera menjadi kunjungan satu famili. Tidakkah anda terfikir anda telah mengajar anak anda untuk menyukai makanan segera yang mengandungi kadar kolestrol yang tinggi dan memberikan kesan yang kurang baik kepada perkembangan anak anda.

Apakata selepas anda membaca entri saya ini akan membuatkan anda jatuh cinta kepada produk Shaklee dan memberikan Meal Shakes untuk simanja anda. Harga yang sangai berbaloi dan tinggi khasiat selain meningkatkan kesihatan anak anda. Jom kita lihat apa yang menarik dan istimewanya Meal Shakes jika dibandingkan dengan supplemen (Makanan Tambahan) lain yang di jual di Farmasi.

Monday 23 September 2013

SET NUTRISI PELANGSINGAN WANITA


SET NUTRISI KECANTIKAN KULIT



Dapatkan produk kesihatan Shaklee yang dapat membantu  untuk mendapatkan kecantikan kulit yang optimun :

Kombinasi 3 produk yang dicadangan untuk kecantikan kulit adalah seperti yang berikut :

1) Vivix

2) Collagen

3) Sustained Release Vita-C Plus

Produk tersebut telah terbukti secara klinikal dapat membantu wanita yang mementingkan aspek kecantikan kulit.

VIVIX

1) Memelihara keseluruhan kesihatan secara optimum.

2) Membantu individu supaya menjadi lebih bertenaga.

3) Membantu menguatkan sistem imun di dalam badan.

COLLAGEN

1) Membantu menghasilkan kolagen yang diperlukan bagi memelihara kesihatan kulit, tendon, ligamen dan salur darah.

2) Menggalakkan kulit menjadi lebih tegang, anjal dan lembut.

SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS

1) Menggalakkan rambut menjadi lebih kuat, lebat dan bersinar.

2) Membantu membekalkan kesihatan tulang rawan, tulang & gigi.

SET NUTRISI KECANTIKAN WANITA


SET NUTRISI KESIHATAN LELAKI


SET NUTRISI KESIHATAN WANITA


SET NUTRISI IBU BERSALIN & PENYUSUAN



SET NUTRISI IBU BERSALIN & SLIM


SET NUTRISI IBU BERSALIN


SET NUTRISI ANAK PINTAR


SET NUTRISI ANAK SIHAT


SET NUTRISI FAMILI SIHAT


Saturday 21 September 2013

CAROTOMAX SHAKLEE

Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik


 




CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap.  Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.
 
CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:
•    Memelihara kesihatan yang baik. *
•    Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan
      pertumbuhan tisu. *
•    Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput
      lendir. *

* Produk ini tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Jom beli Carotomax untuk diri sendiri dan orang yang tersayang. Berikhtiar untuk memperbaiki kesihatan yang terbaik untuk diri sendiri dan insan tersayang.

Setiap pembelian produk Shaklee @my-familisihat anda layak menerima :

* konsultasi percuma secara berterusan. *

* Jadual pengambilan vitamin. *

* Tips eksklusif berkaitan. *

* Jemputan ke Group Eksklusif di FB. * 



B-COMPLEX SHAKLEE

Apakah kepentingan Vitamin B dalam badan dan keperluan seharian anda? Adakah keperluan vitamin B sudah cukup sempurna dalam kehidupan seharian anda?

Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik
 

Vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.
 

B yang Lengkap dan Seimbang
 

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
 

B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.*

Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang :

1. Kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu.

2. Tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*
 
Kepentingan pengambilan B-Complex Shaklee adalah seperti yang berikut :

1. Menggalakkan kesihatan jantung, metabolisma tenaga dan replikasi sihat DNA.

2.  Mengubah makanan menjadi tenaga.

3. Menolong mengurangkan kemurungan dan kegelisahan.

4. Meningkatkan fungsi otak.

* Produk ini tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Jom beli B-Complex untuk diri sendiri dan orang yang tersayang. Berikhtiar untuk memperbaiki kesihatan yang terbaik untuk diri sendiri dan insan tersayang.

Setiap pembelian produk Shaklee @my-familisihat anda layak menerima :

* konsultasi percuma secara berterusan. *

* Jadual pengambilan vitamin. *

* Tips eksklusif berkaitan. *

* Jemputan ke Group Eksklusif di FB. *

ALFALFA COMPLEX SHAKLEE

Kenapa pilih Alfalfa Complex? Apakah kelebihannya? Jom dapatkan info yang terperinci mengenai Alfalfa Complex keluaran Shaklee.


Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil
 
Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
•    Sumber semulajadi alfalfa.
•    Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air
      sebagai minuman herba semulajadi.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
 

Alfalfa Complex keluaran Shaklee dikeluarkan dalam dua (2) saiz mengikut kuantiti yang berbeza.
Saiz Besar (L) : 700 biji
Saiz Kecil (S) : 220 biji

* Produk ini tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Jom beli Alfalfa Compex untuk diri sendiri dan orang yang tersayang. Berikhtiar untuk memperbaiki kesihatan yang terbaik untuk diri sendiri dan insan tersayang.

Setiap pembelian produk Shaklee @my-familisihat anda layak menerima :

* konsultasi percuma secara berterusan. *

* Jadual pengambilan vitamin. *

* Tips eksklusif berkaitan. *

* Jemputan ke Group Eksklusif di FB. *

ADVANCED JOINT HEALTH TABLET SHAKLEE

Apakah kepentingan Advanced Joint Health Tablet (AJHT) terhadap Penyakit Sendi? Jom baca dan tambahkan ilmu mengenai kesihatan sendi. Pilihan ditangan anda. Teruskan membaca dan anda pasti menemui jawapan yang tersurat & tersirat. Jom kekal sihat bersama AJHT.

Penyakit Sendi / Osteoarthritis



Penyakit Sendi dikenali sebagai Osteoarthritis berpunca daripada penghausan tulang rawan pada sendi.Sakit sendi ini berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Apabila permukaan sendi haus, ia mendorong sendi menjadi bengkak dan kebas. Bahagian sendi yang akan memberikan kesan biasanya pada bahagian lutut. Oleh sebab itu kita dapat lihat segelintir masyarakat di Malaysia, akan mengalami sakit lutut yang serius.

Simptom-Simptom Sakit Sendi


1. Kesakitan pada bahagian sendi apabila digunakan atau digerakkan..

2. Ketidakstabilan pada bahagian sendi.

3. Membataskan penggunaan dan pergerakan sendi.

4. Pembengkakkan pada sendi.

5. Sendi berbunyi apabila digerakkan.


Pengambilan supplemen Shaklee secara teratur & konsisten dapat membantu meringankan beban pesakit sendi.  



Di antara kandungan nutrisi yang terdapat dalam Advanced Joint Health Tablet (AJHT) keluaran Shaklee adalah seperti yang berikut :

1. AJHT mengandungi ekstrak unique Boswellia untuk menyokong keselesaan sendi.

2. Mengandungi ekstrak Jagung untuk meningkatkan kesan kusyen.

3. Mengandungi nutrisi Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan.

3. Menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, serta formula sayur-sayuran 100%.


Kelebihan-kelebihan pengambilan AJHT merangkumi

1. Menyokong kesihatan sendi yang berpanjangan.

2. Kombinasi bahan semulajadi yang amat berkesan dan dapat menyokong pergerakan, kelenturan dan fungsi sendi yang sihat.

3. Ramuan aktif yang terdapat dalam AJHT bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh tulang rawan sendi.

* Produk ini tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Jom beli AJHT untuk diri sendiri dan orang yang tersayang. Berikhtiar untuk memperbaiki kesihatan yang terbaik untuk diri sendiri dan insan tersayang.

Setiap pembelian produk Shaklee @my-familisihat anda layak menerima :

* konsultasi percuma secara berterusan. *

* Jadual pengambilan vitamin. *

* Tips eksklusif berkaitan. *

* Jemputan ke Group Eksklusif di FB. *

Saturday 14 September 2013

HARGA PRODUK SHAKLEE

Pada pendapat saya harga yang telah ditetapkan oleh bahagian pemasaran adalah sangat berbaloi & berkualiti jika dibandingkan dengan produk lain di pasaran.

Sekali pandang pada harga pertama kali memang rasa agak mahal, tetapi jangan lupa kuantiti dan kualiti yang ada pada setiap tablet. Kenapa saya berkata demikian? Ini kerana kita perlu bahagi jumlah setiap tablet dalam masa sebulan. Mungkin anda terlepas pandang perkara tersebut. Ada setengah produk Shaklee yang boleh digunakan sehingga 2-3 bulan sebelum membuat pesanan semula atau membeli semula produk tersebut.

Memang benar kadangkala harga produk lain yang dijual di farmasi adalah lebih murah tetapi hanya bertahan untuk satu bulan sahaja dan perlu membeli yang baru sedangkan kos tersebut jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan produk Shaklee. Jadi berhati-hati memilih produk suplemen atau vitamin kerana dua perkara utama yang perlu diambil berat adalah isi kandungan dan kepentingan produk selain harga yang ditawarkan mestilah berpatutan dan berbaloi untuk kegunaan dalam jangka masa yang panjang.

Sila rujuk harga Produk Shaklee seperti yang berikut :

PRODUK SHAKLEE

Ketika kali pertama melihat senarai produk Shaklee saya agak terkejut kerana terdapat pelbagai vitamin / suplemen tambahan untuk kesihatan ibu, ayah dan anak. Itu tidak termasuk lagi produk pelansingan, kecantikan & kebersihan seisi rumah.

Wah hebatnya produk Shaklee sehebat pengamal vitamin Shaklee juga.

Berikut adalah senarai produk Shaklee mengikut klasifikasi dan kod yang tertera di bawah.







Fenomena Shaklee

Setelah mendaftar dengan Shaklee sebagai pengedar yang berdaftar saya mula mempelajari sejarah pengenalan dan produk-produk berkaitan yang dikeluarkan di bawah jenama Shaklee.

Sangat banyak sebenarnya produk Shaklee, bukan sahaja untuk kesihatan dalaman tetapi kesihatan luaran dan kecantikan juga adal dijual. Apa yang menarik produk Shaklee sesuai diguna oleh semua lapisan umur dari bayi, kanak-kanak dan dewasa. Apa yang menarik produk Shaklee dijamin halal, dan selamat untuk digunakan kerana tiada bahan tiruan dan sintetik.

Saya sudah tertarik dengan produk Shaklee. Anda bila lagi? Rugi kalau tidak mencuba. Sangat beruntung kalau mencuba. Saya sudi berkongsi tips dengan anda yang bertuah di luar sana.

Jom cuba produk Shaklee. Jom jadi ahli Shaklee.

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Selesai sudah mengenai sejarah awal saya dengan perniagaan Taska kini saya ingin bercerita mengenai produk Shaklee.

Pada asalnya saya tidah pernah dengar mahupun ambil tahu mengenai produk Shaklee sehinggalah diperkenalkan oleh adik sendiri pada bulan Mei 2013. Untuk pengetahuan semua saya seorang yang tidak gemar makan ubat tapi adik telah berkali-kali menegur bahawa Shaklee bukanlah ubat sebaliknya makanan tambahan (suplemen) atau vitamin yang sangat baik bukan sahaja untuk kesihatan tulang sebaliknya banyak lagi kelebihan produk Shaklee jika dibandingkan dengan produk lain di pasaran

Apa yang menarik minat saya adalah kerana vitamin kalsium yang dikeluarkan oleh Shaklee yang dikenali sebagai Ostematrix adalah sangat sesuai untuk menambah kalsium yang kurang dalam badan.

Tambahan pula saya memang tidak minum susu. Saya hanya akan minum susu ketika hamil anak sulung dan anak kedua sahaja. Bayangkanlah sudah  6 tahun saya tidak minum susu. Seingat saya semasa saya Darjah Empat (seperti yang diceritakan oleh ibu) saya mula berhenti minum susu setelah bekalan susu yang saya minum di sekolah membuatkan saya sakit perut yang termat sangat. Sejak itu kata ibu memang saya berhenti mengambil susu dan berhenti mengambil apa-apa makanan yang dicampur dengan susu seperti keju, mentega dan sebagainya kerana tidak tahan bau susu.

Ketika usia mula menjejak 30 an saya mula terfikir untuk mengambil makanan tambahan kalsium dalam bentuk tablet. Saya mula mencari-cari suplemen yang sesuai di setiap farmasi. Saya telah diperkenalkan dengan Jenama X dan telah mencubanya tetapi tidak konsisten. (seperti yang dinyatakan tadi saya memang tidak suka makan ubat/vitamin atau yang seangkatan dengannya)

Pada ketika usia menjejak pertengahan 30an saya mula merasa kesan sakit lutut & kaki, mungkin disebabkan kekurangan kalsium dalam badan. Keadaan tersebut kadang kala menganggu urusan seharian saya lebih-lebih lagi ketika menunaikan solat. Selepas 3 tahun keadaan berterusan sehinggalah pada bulan Mei 2013 yang lalu adik saya telah memperkenalkan Ostematrik kepada saya. Pada mulanya memang teragak-agak juga untuk mencuba tetapi setelah diyakinkan oleh adik sendiri barulah saya mencuba.

Pada awalnya saya alami krisis pemulihan (healing crisis) dalam dua minggu terawal sebelum membiasakan diri dengan sistem imun dalam badan. Alhamdulillah selepas hampir sebulan menggunakannya saya rasa sakit lutut makin berkurangan dan tiada lagi bunyi-bunyi yang kurang menyenangkan. Segala urusan harian berjalan dengan lebih lancar dan dapat menaikan solat dengan lebih selesa.

Selain Ostematrix, adik telah memperkenalkan saya dengan Alfalfa, Vitamin E dan B-Complex. Kesemua vitamin tersebut memang serasi dengan saya walaupun pada awalnya saya mengalami krisis pemulihan (Healing Crisis) seperti cepat mengantuk dan kerap ke tandas untuk membuang air kecil. Ini adalah proses biasa untuk membuang segala sisa toksin dalam badan dan seterusnya mengembalikan kesihatan yang lebih cergas dan sihat.

Kadangkala saya terfikir kenapa saya lambat diperkenalkan dengan produk yang sehebat Shaklee yang dijamin berkualiti, halal dan semulajadi. Padahal produk tersebut telah masuk ke pasaran Malaysia sekitar 1995 walaupun pada dasarnya telah berada di pasaran lebih daripada 50 tahun.

Dan setelah beberapa bulan menggunakan produk Shaklee barulah saya terbuka untuk menjadi ahli pada bulan September 2013 yang lepas setelah melihat potensi produk tersebut untuk diperluaskan dalam perniagaan Taska yang telah saya ceburi.


Salam Perkenalan

Salam Perkenalan kepada semua warga Blogger & terutamanya pengguna tegar produk Shaklee.

Saya sangat minat menulis, tapi tidak pernah menyimpan cita-cita untuk menjadi penulis. Apa yang saya tulis ini adalah catatan ikhlas yang lahir daripada hati saya yang jujur dan ikhlas.

Untuk pengetahuan semua saya merupakan seorang Pengusaha Taska yang telah berkecimpung dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak selama hampir 4 tahun. Asalnya saya pernah bekerja di beberapa buah konsultan dalam bidang teknikal dan pembinaan.

Setelah bekerja selama hampir 8 tahun dalam bidang teknikal dan pembinaan tersebut saya mula menyimpan hasrat untuk mempunyai perniagaan sendiri yang sebati dengan jiwa saya sendiri, tambahan pula memikirkan anak sulung akan bakal memulakan sessi persekolahan Tahun Satu pada tahun 2010.

Pada asalnya saya tidak pernah terlintas langsung untuk membuka perniagaan Taska kerana tiada pengetahuan disamping kekangan modal pada waktu itu. Saya fikir modal permulaan agak tinggi dan mula memikirkan bagaimana untuk memulakan perniagaan tersebut.

Faktor utama saya memilih perniagaan ketika itu adalah berdasarkan kepada dua faktor yang pada pendapat saya sangat penting iaitu :

1. Perniagaan yang akan saya jalankan nanti mestilah perniagaan yang mendapat permintaan yang tinggi.

Pada ketika itu terlintas difikiran untuk membuka Taska/Tadika atau Butik Perancang Acara Perkahwinan, kerana saya sangat berminat dengan kerja-kerja seni seperti gubahan hantaran, hiasan pelamin dan sebagainya. (menurut jejak langkah ibu yang memang sangat berminat dalam seni kreatif gubahan)

2. Perniagaan tersebut mestilah tidak memisahkan hubungan saya dengan anak-anak dengan erti kata yang lain anak-anak membesar depan mata.

Pada ketika itu memang saya tekad untuk membuka Taska kerana saya berpendapat saya boleh membesarkan anak dengan sendiri disamping dapat menjana pendapatan.

Saya membatalkan hasrat membuka perniagaan yang melibatkan urusan perancang acara perkahwinan kerana berpendapat bahawa perniagaan tersebut adalah perniagaan bermusim di samping hujung minggu / cuti sekolah saya mula sibuk sedangkan pada waktu itu adalah masa yang paling berkualiti untuk saya bersama dengan famili & anak-anak.

Justeru pada akhir tahun 2009 saya dengan semangat yang berkobar-kobar telah mendaftarkan diri menyertai Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) yang mana kursus tersebut adalah syarat wajib yang perlu dipenuhi oleh Pengusaha Taska. Dalam masa 3 bulan saya berjaya menghabiskan kursus tersebut dan telah memulakan perniagaan Taska pada tahun 2010.

Saya sangat teruja dan gembira dengan perniagaan taska yang baru saya ceburi. Banyak pengalaman pahit manis yang di tempuhi sehinggalah saya dapat bertahan selama 4 tahun.