Saturday 14 September 2013

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Selesai sudah mengenai sejarah awal saya dengan perniagaan Taska kini saya ingin bercerita mengenai produk Shaklee.

Pada asalnya saya tidah pernah dengar mahupun ambil tahu mengenai produk Shaklee sehinggalah diperkenalkan oleh adik sendiri pada bulan Mei 2013. Untuk pengetahuan semua saya seorang yang tidak gemar makan ubat tapi adik telah berkali-kali menegur bahawa Shaklee bukanlah ubat sebaliknya makanan tambahan (suplemen) atau vitamin yang sangat baik bukan sahaja untuk kesihatan tulang sebaliknya banyak lagi kelebihan produk Shaklee jika dibandingkan dengan produk lain di pasaran

Apa yang menarik minat saya adalah kerana vitamin kalsium yang dikeluarkan oleh Shaklee yang dikenali sebagai Ostematrix adalah sangat sesuai untuk menambah kalsium yang kurang dalam badan.

Tambahan pula saya memang tidak minum susu. Saya hanya akan minum susu ketika hamil anak sulung dan anak kedua sahaja. Bayangkanlah sudah  6 tahun saya tidak minum susu. Seingat saya semasa saya Darjah Empat (seperti yang diceritakan oleh ibu) saya mula berhenti minum susu setelah bekalan susu yang saya minum di sekolah membuatkan saya sakit perut yang termat sangat. Sejak itu kata ibu memang saya berhenti mengambil susu dan berhenti mengambil apa-apa makanan yang dicampur dengan susu seperti keju, mentega dan sebagainya kerana tidak tahan bau susu.

Ketika usia mula menjejak 30 an saya mula terfikir untuk mengambil makanan tambahan kalsium dalam bentuk tablet. Saya mula mencari-cari suplemen yang sesuai di setiap farmasi. Saya telah diperkenalkan dengan Jenama X dan telah mencubanya tetapi tidak konsisten. (seperti yang dinyatakan tadi saya memang tidak suka makan ubat/vitamin atau yang seangkatan dengannya)

Pada ketika usia menjejak pertengahan 30an saya mula merasa kesan sakit lutut & kaki, mungkin disebabkan kekurangan kalsium dalam badan. Keadaan tersebut kadang kala menganggu urusan seharian saya lebih-lebih lagi ketika menunaikan solat. Selepas 3 tahun keadaan berterusan sehinggalah pada bulan Mei 2013 yang lalu adik saya telah memperkenalkan Ostematrik kepada saya. Pada mulanya memang teragak-agak juga untuk mencuba tetapi setelah diyakinkan oleh adik sendiri barulah saya mencuba.

Pada awalnya saya alami krisis pemulihan (healing crisis) dalam dua minggu terawal sebelum membiasakan diri dengan sistem imun dalam badan. Alhamdulillah selepas hampir sebulan menggunakannya saya rasa sakit lutut makin berkurangan dan tiada lagi bunyi-bunyi yang kurang menyenangkan. Segala urusan harian berjalan dengan lebih lancar dan dapat menaikan solat dengan lebih selesa.

Selain Ostematrix, adik telah memperkenalkan saya dengan Alfalfa, Vitamin E dan B-Complex. Kesemua vitamin tersebut memang serasi dengan saya walaupun pada awalnya saya mengalami krisis pemulihan (Healing Crisis) seperti cepat mengantuk dan kerap ke tandas untuk membuang air kecil. Ini adalah proses biasa untuk membuang segala sisa toksin dalam badan dan seterusnya mengembalikan kesihatan yang lebih cergas dan sihat.

Kadangkala saya terfikir kenapa saya lambat diperkenalkan dengan produk yang sehebat Shaklee yang dijamin berkualiti, halal dan semulajadi. Padahal produk tersebut telah masuk ke pasaran Malaysia sekitar 1995 walaupun pada dasarnya telah berada di pasaran lebih daripada 50 tahun.

Dan setelah beberapa bulan menggunakan produk Shaklee barulah saya terbuka untuk menjadi ahli pada bulan September 2013 yang lepas setelah melihat potensi produk tersebut untuk diperluaskan dalam perniagaan Taska yang telah saya ceburi.


No comments: